- Nama diberi oleh kedua ibu bapa saya ialah Ahmad Syazwan Bin Mohamad. Saya dilahirkan di Kota Bharu,Kelantan. Kebiasaannya orang memanggil saya Syaz atau Ewan. Saya berumur 22 tahun dan dilahirkan pada 28.05.1992. Status saya sekarang masih belum berkahwin tetapi telah dimiliki oleh gadis pilihan saya. Agama yang saya anuti dari kecik sampailah sekarang ialah agama Islam. Saya mempunyai 3 orang adik-beradik iaitu seorang kakak dan dua orang adik lelaki termasuk saya. Saya merupakan anak yang kedua dalam adik beradik saya. Kakak saya berumur 26 tahun manakala adik bongsu saya berumur 16 tahun. Ayah saya bekerja sebagai buruh atau tukang rumah manakala ibu saya tidak bekerja dan hanyalah suri rumah sepenuh masa. Saya mempunyai hobi yang tersendiri iaitu ingin menjadi atlit bagi sukan badminton kerana saya aktif dalam sukan ini dan menjadikan Datuk Lee Chong Wei sebagai idola saya. Selain itu,saya juga memasang impian untuk menjadi pereka tekstil yang berjaya. Kesemua ahli keluarga saya menetap di Kota Bharu dan mempunyai darah jenis O. Sebelum saya bercerita lebih jauh lagi eloklah terlebih dahulu saya menceritakan serba sedikit kronologi tentang latar belakang pelajaran saya.
- Semasa berusia 5-6 tahun - saya belajar di TASKA
- Semasa berusia 7-12 tahun - saya belajar di Sekolah Kebangsaan Dewan Beta (S.K.D.B) dan mengambil UPSR di sini.
- Semasa berusia 13-17 tahun - saya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dewan Beta ( S.M.K.D.B ) dan mengambil PMR dan SPM di sini dalam aliran sains ikhtisas.
- Semasa berusia 18- 19 tahun - saya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong ( S.M..K.M ) dan mengambil STPM di sini dalam aliran sastera.
- Semasa berusia 20- sekarang saya belajar di Universiti Teknologi Mara ( UITM ) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Tekstil di bawah Fakulti Seni Reka dan Seni Lukis ( AD ).
Tempoh pengajian yang saya terpaksa lalui ialah sebanyak 6 semester iaitu 3 tahun. Saya menjejak kaki ke menara gading bermula semester 1 sehinggalah sekarang saya baru sahaja memasuki semester 4 dan hanya tinggal untuk 2 semester sahaja lagi bagi membolehkan saya menamatkan pengajian saya dalam bidang yang saya ambil. Sebelum saya mendapat tawaran ini,saya pernah bekerja di Kraftangan Cawangan Kelantan selama 6 bulan dalam bidang Batik Blok dan Batik Lukis atau Canting. Melalui pengalaman yang lepas, saya telah banyak mendapat pendedahan tentang industri batik khususnya di Kelantan. Kata orang xkenal maka xcinta...melalui pengalaman inilah saya berani menjinak-jinakkan diri dalam indusri batik dan saya telah mendapat tawaran daripada UITM yang menawarkan saya melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah sarjana muda seni reka tekstil selama 3 tahun dan sekarang saya menetap di Shah Alam, Selangor. Saya tidak akan lupa jasa-jasa terutamanya keluarga saya,sahabat, cikgu, sanak saudara mahupun pensyarah yang banyak mendorong saya dalam pelajaran sehinggalah masih berdiri teguh sampai ke hari ini. Jasa korang semua xmungkin dibalas olehku melainkan dengan kejayaan. Itulah serba sedikit perkongsian sejarah hidupku buat kali ini..
No comments:
Post a Comment