Monday, November 17, 2014

KEISTIMEWAAN BATIK

Assalamualaikum...korang apa khabar?harap-harap dalam keadaan sihat selalu yea...post kali ini saya akan menceritakan sedikit maklumat tentang batik di Malaysia dan luar negara..





Jom kita tengok same-same....

Perbezaan batik Malaysia dan batik di Indonesia

1). STYLE

Batik Malaysia banyak menggunakan motif flora berbanding batik Indonesia yang banyak menggunakan motif fauna..


Batik Indonesia 


Batik Malaysia


Batik Malaysia


Batik Malaysia

2. Motif

Batik Indonesia kebanyakannya menggunakan motif haiwan seperti burung Garuda sebagai salah satu elemen utama dalam motif mereka manakala Malaysia tidak.


Motif Batik Indonesia


Motif Batik Malaysia

3) Teknik

Indonesia Batik lebih terperinci, mereka mempunyai titik-titik kecil untuk membuat garis untuk motif yang ditulis dengan tangan mereka manakala Malaysia, lebih suka cara yang mudah.



Batik Indonesia


Batik Malaysia

hurmmm...itulah dia sedikit sebanyak maklumat yang sempat saya kongsi dengan anda semua..harap korang terus membaca post yang berikutnya yea...



Monday, November 10, 2014

TEKNIK YANG DI GUNAKAN DALAM BATIK LUKIS

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat warga blogger sekalian...bertemu kita sekali lagi yer...post kali ini saya akan menerangkan sedikit sebanyak tentang teknik yang biasa digunakan dalam membuat batik...

TEKNIK-TEKNIK :

1. TEKNIK CELUP IKAT

Teknik celup ikat merupakan pembuatan motif pada kain dengan cara mengikat sebahagian kain kemudian dicelupkan ke dalam larutan pewarna. Setelah diangkat dari larutan pewarna dan ikatan dibuka bahagian yang diikat tidak terkena warna..Namun kini celup ikat tidak hanya dapat dilakukan dengan cara dicelup tetapi dapat juga dilakukan dengan cara disiram,disuntik,spray dan lain-lain. Celup ikat menggunakan tali,benang dan karet sebagai bahan penghambat atau perintang warna. Celup ikat dikenal dibeberapa daerah di Indonesia dengan nama jemputan tritik ( Jawa Tengah ) dan Yokyakarta, Sasirangan ( Banjarmasin ) dan Pelangi ( Palembang ) 

Alat dan Bahan Celup ikat


Alat yang digunakan untuk mewanai kain dengan teknik Celup ikat, antara lain: tali, benang, karet. Benda-benda ini berfungsi sebagai alat pengikat bentuk-bentuk tertentu pada latar kain yang akan merintangi dan menghambat teresapnya warna pada bagian-bagian tersebut. Umumnya teknik Celup ikat menggunakan bahan dasar teksil dari serat alam, seperti: katun, sutra, atau rayon. Selain itu, juga digunakan alat pendukung pembentuk motif, seperti: kerikil, kelereng, biji-bijian, kayu, plastik, dan jarum jahit.
Pewarna tekstil untuk Celup ikat menggunakan pewarna sintetik dengan pencelupan dingin. Zat pewarna sintetik ini dapat diklasifikasikan menjadi jenis pewarna langsung (rapid, procion, dan rhemazol). Alat untuk proses pewarnaan, antara lain: ember, spray bekas parfum, bekas botol air mineral dll. Ukuran dan jumlah alat-alat tersebut disesuaikan dengan jumlah dan jenis pewarna yang akan digunakan.






haa...itulah dia serba sedikit teknik dan bahan yang digunakan dalam penghasilan kain batik ini..hasilnya memang unik dan cantik..ianya juga bergantung kepada  kreativiti pengusaha dalam menghasilkan pelbagai jenis cara ikatan bagi mendapatkan hasil yang baik...nampaknya setakat ini dulu sahaja post saya pada kali ini...sekian...








Monday, November 3, 2014

Proses Dalam Menghasilkan Batik Canting

Assalamualaikum...pada post minggu lepas korang telah didedahkan sedikit sebanyak tentang bahan-bahan yang diperlukan dalam menghasilkan batik canting...pada post kali ini mungkin akan menjadi persoalan  di minda korang apa post yang akan saya post pada kali ini...hurmmm...mesti korang nak taw kan....? okay lah...post kali ini saya akan menerangkan proses dalam menghasilkan batik canting... di sini , saya telah menyenarai pendekkan proses ini..

Proses-proses menghasilkan batik adalah seperti berikut :


1. Reka corak dibuat diatas kain batik dengan menggunakan pensil manakala motif yang dihasilkan berasaskan tradisional,flora,fauna,geometrik,organik,garisan dan ruang,semi abstrak dan lain-lain..dalam penentuan motif kebiasaannya setiap orang berbeza-beza malah ada yang lebih suka membuat motif sendiri dan ada juga yang mengikuti motif-motif umum yang telah sedia ada..

2. Pelukis menggunakan canting yang telah diisi lilin untuk mencorakkan kain..kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin menjadi kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten..pelukis terpaksa menuangkan semua lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk...dan seterusnya menceduk lilin lain bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat digunakan dengan lancar..


3. Seterusnya, mematikan warna dengan menggunakan Sodium Silicate..proses ini dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur dan tetap..

4. Setelah 8 jam direndam kain dalam bahan tersebut,kain tersebut dibasuh dan direbus...iyanya bertujuan untuk menghilangkan lapisan lilin sehingga motif yang telah digambar sebelumnya terlihat jelas...air panas dimasukkan serbuk soda bagi memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain..seterusnya, kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas seterusnya kain tersebut dijemur di tempat yang teduh agar warnanya dapat dijamin ketahanannya dan kualitinya.

 
lakaran motif di atas kain

 
kain dicorakkan oleh lilin menggunakan canting


 lilin diceduk dalam periuk menggunakan canting

 

 
motif dicorakkan menggunakan lilin
    

kain dibasuh selepas direbus


kain dibasuh sebelum direbus

 
kain direbus sebelum direndam di dalam air


kain disidai di ampaian selepas dibilas


Nampaknya setakat ini dulu sahaja post saya pada kali ini...banyak lagi topik yang menarik akan diketengahkan pada post yang akan datang....harap korang terus membaca yer...sekian..

Bahan-bahan Dalam Menghasilkan Batik Lukis

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga blogger sekalian.........bertemu kita sekali lagi pada post kali ini saya akan menerangkan serba sedikit panduan dan cara membuat batik lukis atau batik canting...

Untuk membuat batik,bahan dan peralatan yang diperlukan adalah kain ( material ) yang diperbuat daripada sutera,kapas dan rayon/fuji ( campuran kain polyester ), lilin dan rozin, canting , warna ( dyestuff ),pemati warna dan serbuk soda.....peralatan yang diperlukan pula ialah canting ,pensil,berus, bekas warna, dapur,periuk,pemidang,kuali besar,takungan air,penyidai,meja menggosok,sterika...canting diperbuat daripada tembaga dan pemegangnya diperbuat daripada kayu. di hujung depannya mempunyai satu saluran untuk lilin cair keluar bagi mencorakkan kain..canting dipakai dengan menceduk lilin cair yang panas,bertindak sebagai bahan penutup atau perlindungan terhadap redapan warna, atau sempadan mengasingkan warna...

  


Inilah sebahagian daripada  canting yang digunakan dalam penghasilan batik lukis / canting..canting biasanya terbahagi kepada beberapa jenis saiz antaranya ialah saiz M dan S..canting saiz S biasanya digunakan untuk line yang
halus memandangkan saiz lubangnya yang kecil manakala canting saiz M digunakan untuk membuat garis yang tebal...

Pensil digunakan untuk melakar dan membuat reka corak pada kain batik sebelum mencanting..pelukis akan menghasilkan corak berpandukan lakaran tersebut..bagi pelukis yang mahir,mereka terus melukis corak lilin pada kain tanpa berpandukan lakaran pensil..namun,bagi menghasilkan batik lukis dengan menggunakan corak yang sama bagi setiap helai kain,maka terpaksa kain di lakar terlebih dahulu dengan lakaran pensil..