Monday, November 3, 2014

Proses Dalam Menghasilkan Batik Canting

Assalamualaikum...pada post minggu lepas korang telah didedahkan sedikit sebanyak tentang bahan-bahan yang diperlukan dalam menghasilkan batik canting...pada post kali ini mungkin akan menjadi persoalan  di minda korang apa post yang akan saya post pada kali ini...hurmmm...mesti korang nak taw kan....? okay lah...post kali ini saya akan menerangkan proses dalam menghasilkan batik canting... di sini , saya telah menyenarai pendekkan proses ini..

Proses-proses menghasilkan batik adalah seperti berikut :


1. Reka corak dibuat diatas kain batik dengan menggunakan pensil manakala motif yang dihasilkan berasaskan tradisional,flora,fauna,geometrik,organik,garisan dan ruang,semi abstrak dan lain-lain..dalam penentuan motif kebiasaannya setiap orang berbeza-beza malah ada yang lebih suka membuat motif sendiri dan ada juga yang mengikuti motif-motif umum yang telah sedia ada..

2. Pelukis menggunakan canting yang telah diisi lilin untuk mencorakkan kain..kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin menjadi kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten..pelukis terpaksa menuangkan semua lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk...dan seterusnya menceduk lilin lain bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat digunakan dengan lancar..


3. Seterusnya, mematikan warna dengan menggunakan Sodium Silicate..proses ini dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur dan tetap..

4. Setelah 8 jam direndam kain dalam bahan tersebut,kain tersebut dibasuh dan direbus...iyanya bertujuan untuk menghilangkan lapisan lilin sehingga motif yang telah digambar sebelumnya terlihat jelas...air panas dimasukkan serbuk soda bagi memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain..seterusnya, kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas seterusnya kain tersebut dijemur di tempat yang teduh agar warnanya dapat dijamin ketahanannya dan kualitinya.

 
lakaran motif di atas kain

 
kain dicorakkan oleh lilin menggunakan canting


 lilin diceduk dalam periuk menggunakan canting

 

 
motif dicorakkan menggunakan lilin
    

kain dibasuh selepas direbus


kain dibasuh sebelum direbus

 
kain direbus sebelum direndam di dalam air


kain disidai di ampaian selepas dibilas


Nampaknya setakat ini dulu sahaja post saya pada kali ini...banyak lagi topik yang menarik akan diketengahkan pada post yang akan datang....harap korang terus membaca yer...sekian..

No comments:

Post a Comment