Monday, November 17, 2014

KEISTIMEWAAN BATIK

Assalamualaikum...korang apa khabar?harap-harap dalam keadaan sihat selalu yea...post kali ini saya akan menceritakan sedikit maklumat tentang batik di Malaysia dan luar negara..





Jom kita tengok same-same....

Perbezaan batik Malaysia dan batik di Indonesia

1). STYLE

Batik Malaysia banyak menggunakan motif flora berbanding batik Indonesia yang banyak menggunakan motif fauna..


Batik Indonesia 


Batik Malaysia


Batik Malaysia


Batik Malaysia

2. Motif

Batik Indonesia kebanyakannya menggunakan motif haiwan seperti burung Garuda sebagai salah satu elemen utama dalam motif mereka manakala Malaysia tidak.


Motif Batik Indonesia


Motif Batik Malaysia

3) Teknik

Indonesia Batik lebih terperinci, mereka mempunyai titik-titik kecil untuk membuat garis untuk motif yang ditulis dengan tangan mereka manakala Malaysia, lebih suka cara yang mudah.



Batik Indonesia


Batik Malaysia

hurmmm...itulah dia sedikit sebanyak maklumat yang sempat saya kongsi dengan anda semua..harap korang terus membaca post yang berikutnya yea...



Monday, November 10, 2014

TEKNIK YANG DI GUNAKAN DALAM BATIK LUKIS

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat warga blogger sekalian...bertemu kita sekali lagi yer...post kali ini saya akan menerangkan sedikit sebanyak tentang teknik yang biasa digunakan dalam membuat batik...

TEKNIK-TEKNIK :

1. TEKNIK CELUP IKAT

Teknik celup ikat merupakan pembuatan motif pada kain dengan cara mengikat sebahagian kain kemudian dicelupkan ke dalam larutan pewarna. Setelah diangkat dari larutan pewarna dan ikatan dibuka bahagian yang diikat tidak terkena warna..Namun kini celup ikat tidak hanya dapat dilakukan dengan cara dicelup tetapi dapat juga dilakukan dengan cara disiram,disuntik,spray dan lain-lain. Celup ikat menggunakan tali,benang dan karet sebagai bahan penghambat atau perintang warna. Celup ikat dikenal dibeberapa daerah di Indonesia dengan nama jemputan tritik ( Jawa Tengah ) dan Yokyakarta, Sasirangan ( Banjarmasin ) dan Pelangi ( Palembang ) 

Alat dan Bahan Celup ikat


Alat yang digunakan untuk mewanai kain dengan teknik Celup ikat, antara lain: tali, benang, karet. Benda-benda ini berfungsi sebagai alat pengikat bentuk-bentuk tertentu pada latar kain yang akan merintangi dan menghambat teresapnya warna pada bagian-bagian tersebut. Umumnya teknik Celup ikat menggunakan bahan dasar teksil dari serat alam, seperti: katun, sutra, atau rayon. Selain itu, juga digunakan alat pendukung pembentuk motif, seperti: kerikil, kelereng, biji-bijian, kayu, plastik, dan jarum jahit.
Pewarna tekstil untuk Celup ikat menggunakan pewarna sintetik dengan pencelupan dingin. Zat pewarna sintetik ini dapat diklasifikasikan menjadi jenis pewarna langsung (rapid, procion, dan rhemazol). Alat untuk proses pewarnaan, antara lain: ember, spray bekas parfum, bekas botol air mineral dll. Ukuran dan jumlah alat-alat tersebut disesuaikan dengan jumlah dan jenis pewarna yang akan digunakan.






haa...itulah dia serba sedikit teknik dan bahan yang digunakan dalam penghasilan kain batik ini..hasilnya memang unik dan cantik..ianya juga bergantung kepada  kreativiti pengusaha dalam menghasilkan pelbagai jenis cara ikatan bagi mendapatkan hasil yang baik...nampaknya setakat ini dulu sahaja post saya pada kali ini...sekian...








Monday, November 3, 2014

Proses Dalam Menghasilkan Batik Canting

Assalamualaikum...pada post minggu lepas korang telah didedahkan sedikit sebanyak tentang bahan-bahan yang diperlukan dalam menghasilkan batik canting...pada post kali ini mungkin akan menjadi persoalan  di minda korang apa post yang akan saya post pada kali ini...hurmmm...mesti korang nak taw kan....? okay lah...post kali ini saya akan menerangkan proses dalam menghasilkan batik canting... di sini , saya telah menyenarai pendekkan proses ini..

Proses-proses menghasilkan batik adalah seperti berikut :


1. Reka corak dibuat diatas kain batik dengan menggunakan pensil manakala motif yang dihasilkan berasaskan tradisional,flora,fauna,geometrik,organik,garisan dan ruang,semi abstrak dan lain-lain..dalam penentuan motif kebiasaannya setiap orang berbeza-beza malah ada yang lebih suka membuat motif sendiri dan ada juga yang mengikuti motif-motif umum yang telah sedia ada..

2. Pelukis menggunakan canting yang telah diisi lilin untuk mencorakkan kain..kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin menjadi kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten..pelukis terpaksa menuangkan semua lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk...dan seterusnya menceduk lilin lain bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat digunakan dengan lancar..


3. Seterusnya, mematikan warna dengan menggunakan Sodium Silicate..proses ini dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur dan tetap..

4. Setelah 8 jam direndam kain dalam bahan tersebut,kain tersebut dibasuh dan direbus...iyanya bertujuan untuk menghilangkan lapisan lilin sehingga motif yang telah digambar sebelumnya terlihat jelas...air panas dimasukkan serbuk soda bagi memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain..seterusnya, kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas seterusnya kain tersebut dijemur di tempat yang teduh agar warnanya dapat dijamin ketahanannya dan kualitinya.

 
lakaran motif di atas kain

 
kain dicorakkan oleh lilin menggunakan canting


 lilin diceduk dalam periuk menggunakan canting

 

 
motif dicorakkan menggunakan lilin
    

kain dibasuh selepas direbus


kain dibasuh sebelum direbus

 
kain direbus sebelum direndam di dalam air


kain disidai di ampaian selepas dibilas


Nampaknya setakat ini dulu sahaja post saya pada kali ini...banyak lagi topik yang menarik akan diketengahkan pada post yang akan datang....harap korang terus membaca yer...sekian..

Bahan-bahan Dalam Menghasilkan Batik Lukis

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga blogger sekalian.........bertemu kita sekali lagi pada post kali ini saya akan menerangkan serba sedikit panduan dan cara membuat batik lukis atau batik canting...

Untuk membuat batik,bahan dan peralatan yang diperlukan adalah kain ( material ) yang diperbuat daripada sutera,kapas dan rayon/fuji ( campuran kain polyester ), lilin dan rozin, canting , warna ( dyestuff ),pemati warna dan serbuk soda.....peralatan yang diperlukan pula ialah canting ,pensil,berus, bekas warna, dapur,periuk,pemidang,kuali besar,takungan air,penyidai,meja menggosok,sterika...canting diperbuat daripada tembaga dan pemegangnya diperbuat daripada kayu. di hujung depannya mempunyai satu saluran untuk lilin cair keluar bagi mencorakkan kain..canting dipakai dengan menceduk lilin cair yang panas,bertindak sebagai bahan penutup atau perlindungan terhadap redapan warna, atau sempadan mengasingkan warna...

  


Inilah sebahagian daripada  canting yang digunakan dalam penghasilan batik lukis / canting..canting biasanya terbahagi kepada beberapa jenis saiz antaranya ialah saiz M dan S..canting saiz S biasanya digunakan untuk line yang
halus memandangkan saiz lubangnya yang kecil manakala canting saiz M digunakan untuk membuat garis yang tebal...

Pensil digunakan untuk melakar dan membuat reka corak pada kain batik sebelum mencanting..pelukis akan menghasilkan corak berpandukan lakaran tersebut..bagi pelukis yang mahir,mereka terus melukis corak lilin pada kain tanpa berpandukan lakaran pensil..namun,bagi menghasilkan batik lukis dengan menggunakan corak yang sama bagi setiap helai kain,maka terpaksa kain di lakar terlebih dahulu dengan lakaran pensil..


Monday, October 27, 2014

KAIN BATIK KELANTAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga blogger sekalian.........

Minggu lepas anda semua baru sahaja mengenali sedikit sebanyak tentang profil pengusaha pilihan saya iaitu En. Amir Harith Bin Mat Kashim atau lebih dikenali dengan gelaran Bujin's dalam kalangan rakan2 beliau.

Beliau memang aktif dalam industri pembatikan khususnya di negeri Kelantan....sebut sahaja nama beliau ramai orang mengenalinya tidak kira yang kecik,yang muda mahupun yang tua....bak kata pepatah, xkenal maka xcinta bukan...siap bergurau plak yer...hehex...ok berbalik kepada post saya pada kali ini, saya akan postkan kaen2 hasil daripada air tangan beliau sendiri dengan pelbagai rekaan corak dan idea melalui kreativiti  beliau sendiri...



haaaa....inilah dia hasil kerja beliau...motif-motif yang dihasilkan banyak berkait rapat dengan flora dan fauna..dengan gabungan warna dan kepakaran yang sedia ada membuatkan kain batik beliau mempunyai nilai yang tinggi dan membuatkan beliau berada di kelas yang tersendiri...



Dengan pelbagai teknik yang digunakan dalam penghasilan kain batik ini, motif yang dihasilkan menampakkan ianya mempunyai nilai estetika yang tersendiri dan seolah-olah ianya mempunyai maksud yang tersendiri di sebalik motif yang dihasilkan..





inilah dia sebahagian daripada motif flora dan fauna yang dihasilkan oleh beliau dengan pelbagai komposisi dan gaya yang unik jelas memperlihatkan ianya tersergam indah dalam kalangan masyarakat...idea beliau sangat kreatif dan bernas dalam menghasilkan kain batik ini...






motif flora


motif fauna


motif flora


motif fauna dan fauna


motif flora dan fauna


motif flora


beliau memang seorang insan yang sangat hebat dan disegani....penglibatan beliau yang sangat aktif telah membuatkan beliau banyak memenangi anugerah antaranya ialah mendapat anugerah johan dalam Piala Seri Endon..



anugerah Piala Seri Endon

okaylah....nampaknya setakat ini dulu sahaja post saya pada kali ini tentang kain batik ini....saya akan postkan lebih lanjut lagi mengenai kain batik ini pada post yang akan datang...harap kamu  semua dapat sedikit pendedahan melalui post yang telah saya post yer.... :) :) :)


Monday, October 13, 2014

Batik KELANTAN

PROFIL PENGUSAHA PILIHAN SAYA




NAMA DIBERI AMIR HARITH BIN MAT KASHIM
TARIKH LAHIR : 24/71989
KELULUSAN: DIPLOMA SENI KRAF BATIK
NAMA SYARIKAT: SYARIKAT BUJIN'S L BATIK SDN BHD
TAHUN DITUBUHKAN : 2009 (7/2010)
KEPAKARAN : MEMBUAT BATIK DAN REKAAN FESYEN UNTUK BATIK
NO.TEL : 014-5224756
LATAR BELAKANG : AKTIF DALAM SENI DAN PERNIAGAAN
NAMA FACEBOOK: BUJIN'S BUJIN L BATIK & AMIR HARITH L BATIK
PENCAPAIAN : JOHAN ANUGERAH TANGAN EMAS PERDANA MENTERI
 JOHAN PIALA SERI ENDON
JOHAN ANUGERAH KREATIF
JOHAN MEMBUAT FESYEN SHOW DI CHINA,BANGKOK,MAURITIUS,CAPETOWN & PARIS



Monday, September 22, 2014

DIARI PERIBADIKU


  •        Nama diberi oleh kedua ibu bapa saya ialah Ahmad Syazwan Bin Mohamad. Saya dilahirkan di Kota Bharu,Kelantan. Kebiasaannya orang memanggil saya Syaz atau Ewan. Saya berumur 22 tahun dan dilahirkan pada 28.05.1992. Status saya sekarang masih belum berkahwin tetapi telah dimiliki oleh gadis pilihan saya. Agama yang saya anuti dari kecik sampailah sekarang ialah agama Islam. Saya mempunyai 3 orang adik-beradik iaitu seorang kakak dan dua orang adik lelaki termasuk saya. Saya merupakan anak yang kedua dalam adik beradik saya. Kakak saya berumur 26 tahun manakala adik bongsu saya berumur 16 tahun. Ayah saya bekerja sebagai buruh atau tukang rumah manakala ibu saya tidak bekerja dan hanyalah suri rumah sepenuh masa. Saya mempunyai hobi yang tersendiri iaitu ingin menjadi atlit bagi sukan badminton kerana saya aktif dalam sukan ini dan menjadikan Datuk Lee Chong Wei sebagai idola saya. Selain itu,saya juga memasang impian untuk menjadi pereka tekstil yang berjaya. Kesemua ahli keluarga saya menetap di Kota Bharu dan mempunyai darah jenis O. Sebelum saya bercerita lebih jauh lagi eloklah terlebih dahulu saya menceritakan serba sedikit kronologi tentang latar belakang pelajaran saya.
  • Semasa berusia 5-6 tahun - saya belajar di TASKA 
  • Semasa berusia 7-12 tahun - saya belajar di Sekolah Kebangsaan Dewan Beta (S.K.D.B) dan mengambil UPSR di sini.
  • Semasa berusia 13-17 tahun - saya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dewan Beta ( S.M.K.D.B ) dan mengambil PMR dan SPM  di sini dalam aliran sains ikhtisas.
  • Semasa berusia  18- 19 tahun - saya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong ( S.M..K.M ) dan mengambil STPM di sini dalam aliran sastera.
  • Semasa berusia 20- sekarang saya belajar di Universiti Teknologi Mara ( UITM ) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Tekstil di bawah Fakulti Seni Reka dan Seni Lukis ( AD ).

Tempoh pengajian yang saya terpaksa lalui ialah sebanyak 6 semester iaitu 3 tahun. Saya menjejak kaki ke menara gading bermula semester 1 sehinggalah sekarang saya baru sahaja memasuki semester 4 dan hanya tinggal untuk 2 semester sahaja lagi bagi membolehkan saya menamatkan pengajian saya dalam bidang yang saya ambil. Sebelum saya mendapat tawaran ini,saya pernah bekerja di Kraftangan Cawangan Kelantan selama 6 bulan dalam bidang Batik Blok dan Batik Lukis atau Canting. Melalui pengalaman yang lepas, saya telah banyak mendapat pendedahan tentang industri batik khususnya di Kelantan. Kata orang xkenal maka xcinta...melalui pengalaman inilah saya berani menjinak-jinakkan diri dalam indusri batik dan saya telah mendapat tawaran daripada UITM yang menawarkan saya melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah  sarjana muda seni reka tekstil selama 3 tahun dan sekarang saya menetap di Shah Alam, Selangor. Saya tidak akan lupa jasa-jasa terutamanya keluarga saya,sahabat, cikgu, sanak saudara mahupun pensyarah yang banyak mendorong saya dalam pelajaran sehinggalah masih berdiri teguh sampai ke hari ini. Jasa korang semua xmungkin dibalas olehku melainkan dengan kejayaan. Itulah serba sedikit perkongsian sejarah hidupku buat kali ini..